fbpx

Terjun cerun, rempuh penguat kuasa elak dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga asing cuba menyorok di bawah rumah.

ALOR GAJAH – Tindakan beberapa pendatang asing tanpa izin (PATI) terjun cerun dan merempuh penguat kuasa bagi meloloskan diri gagal apabila kesemua mereka dicekup anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri, semalam.

Dalam operasi bermula kira-kira pukul 11 malam itu, kesemua 74 PATI diperiksa dengan 30 daripadanya ditahan dalam serbuan di kawasan rumah kongsi di Durian Tunggal, di sini.

Timbalan Pengarah JIM Melaka, K. Vishnutharan berkata, kesemua warga asing yang ditahan berusia antara 23 hingga 45 tahun.

“Hasil maklumat awam dan risikan, kita telah melakukan serbuan di kawasan rumah kongsi dan menahan 24 PATI terdiri daripada 24 warga Indonesia termasuk tiga wanita dan enam lelaki warga Bangladesh.

“Beberapa orang daripada mereka cuba melarikan diri dengan menyorok di bawah rumah, terjun cerun dan merempuh penguat kuasa, namun pasukan kita berjaya mencekup kesemuanya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Seramai 74 PATI diperiksa, 30 daripadanya ditahan semalam.

Katanya, warga asing itu ditahan selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Seramai 13 orang daripada mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan manakala 17 lagi didapati melanggar Seksyen 6(1)(c) iaitu tiada pas atau permit yang sah.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke Pusat Kesihatan Daerah Batu Berendam bagi menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo untuk tindakan lanjut,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI