fbpx

Temu duga graduan UA Sabah, Sarawak April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Urusan temu duga bagi graduan lepasan universiti awam (UA) kelahiran negeri Sabah dan Sarawak untuk pengambilan 2020 akan diadakan selewat-lewatnya pada minggu ketiga bulan April ini.

Menurut kenyataan akhbar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), hanya graduan yang telah mendapat kelulusan Senat Universiti atau bergraduasi sebelum atau pada 18 Ogos 2020 sahaja akan dipanggil untuk urusan temu duga itu.

“Bagi semua graduan yang bergraduasi selepas tarikh tersebut akan dipertimbangkan untuk pengambilan tahun 2021.

“Kaedah temu duga akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, calon yang terlibat disarankan agar bersedia dan sentiasa melayari laman sesawang dan platform media sosial rasmi SPP bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan temu duga tersebut. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI