fbpx

Tasik dua hati di tengah padang pasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TASIK buatan manusia ini mempunyai corak dua hati yang bercantum. - YouTube

DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) – Sebuah tasik buatan yang terletak di tengah-tengah padang pasir menjadi tarikan baharu di rantau Asia Barat.

Dinamakan Dubai Love Lake atau Tasik Cinta Dubai, tasik terletak di Oasis Al Qudra itu berbentuk seperti dua hati yang bercantum.

Menariknya, tasik seluas 51,096 meter persegi itu mempunyai pemandangan yang memukau malah, boleh juga dilihat dari angkasa lepas.

Sebanyak 16,000 batang pokok dan ribuan bunga berwarna-warni termasuk jenis begonia  merah yang membentuk perkataan ‘love’ ditanam di sekeliling Dubai Love Lake seperti dipetik portal berita  Oddity Central. 

Hampir kesemua tarikan di tasik tersebut disusun berbentuk hati termasuk susunan bunga dan juga gelanggang badminton.

Dilancarkan pada November 2018, Dubai Love Lake  mula menarik perhatian pengunjung selepas Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum berkongsi foto pemandangan  dari udara tasik itu menerusi akaun Instagram miliknya @faz3 dengan kapsyen bertulis ‘To all of you’.

Biarpun sudah menjadi destinasi pelancongan romantis di Asia Barat, keindahan sebenar tasik itu hanya boleh dilihat sekurang-kurangnya 50 meter dari aras laut dengan cara menerbangkan dron. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI