fbpx

Sheng Tai cadang bawa masuk 8,000 pelancong luar negara ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sheng Tai International Sdn. Bhd. (Sheng Tai International) bercadang untuk membawa masuk sehingga 8,000 pelancong setiap tahun berkunjung ke Malaysia sebaik sahaja sempadan negara dibuka semula kepada pengunjung dari luar negara.

Pengasas dan Pengerusi syarikat, Datuk Leong Sir Ley berkata, pihaknya telah membentuk perkongsian strategik dengan jenama global seperti FashionTV, IWG dan Memorigin untuk membuka premis baharu yang belum pernah ada di negara ini dan juga di Asia Tenggara.

“Industri hartanah dan pelancongan hendaklah bersedia dari sekarang bagi memenuhi permintaan tersebut.

“Oleh itu, Sheng Tai International mencadangkan agar kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bekerjasama untuk menggalakkan lebih ramai pelabur melaksanakan aktiviti pelancongan hartanah menerusi geran sepadan, bantuan kewangan dan aktiviti pengiklanan serta promosi pelbagai negara.

“Kami percaya bahawa sektor hartanah dan pelancongan boleh sama-sama meraih manfaat dalam kaedah yang saling menguntungkan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Sheng Tai International adalah pelopor di dalam industri pelancongan hartanah di Malaysia kerana sejak tahun 2012, syarikat telah membawa lebih 50,000 pe­lancong dari China, Hong Kong dan Jepun melawat bandar bersejarah Melaka.

Di samping menyediakan pengalaman terbaik yang ada di Me­laka, program ini turut memaparkan penawaran hartanah Sheng Tai International di negara ini.

Ia termasuk MetraSquare, Ames Hotel, Regalia Beachfront Residence dan The Sail, pembangunan mercu tanda bernilai RM6.5 bilion yang bakal menjadi daerah perniagaan komersial di Melaka.

Selain itu, Sir Ley menjelaskan, inisiatif pelancongan hartanah telah menjana kesan berganda positif kepada ekonomi Melaka.

“Selepas berkunjung ke Me­laka, para peserta yang pulang ke negara masing-masing telah bercerita mengenai pengalaman menarik kepada keluarga dan sahabat.

“Hasilnya, ramai yang ulang kembali berkunjung ke Melaka dalam kumpulan yang lebih besar,” jelas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI