fbpx

Seunghee diganggu lelaki sakit mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEUNGHEE

AGENSI WM Entertainment dalam satu kenyataan mendedahkan bahawa penyanyi Seunghee menjadi mangsa serangan seorang penerbit yang juga penyanyi bernama Tank.

Tank memuat naik sebuah lagu berbentuk sindiran berjudul Suni dengan menuduh seorang ahli kumpulan wanita gemar melayan lelaki selain menulis komen melampau terhadapnya.

Tampil menjelaskan keadaan dan mengakui wanita dimaksudkan Tank ialah Seunghee, WM Entertainment mendedahkan bahawa lelaki itu sebenarnya kerap mengganggu artis mereka.

Dia pernah mengugut membunuh diri selain memberi alasan hanya Seunghee yang mampu jadi ‘ubat’ penyakit mental yang dialaminya.

Akibatnya, Seunghee yang mengalami tekanan mental dan gangguan kebimbangan selama tiga bulan sejak Disember tahun lalu.

Biarpun kedua-duanya sebenarnya merupakan junior dan senior di sekolah, namun agensi tersebut enggan lagi berlembut dan memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang.

Lebih menakutkan, Tank juga turut mengganggu artis lain dengan alasan serupa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI