fbpx

Sedia tingkatkan hubungan FAM, peminat – Chris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHRISTOPHER memiliki hubungan baik dengan pelbagai organisasi media di Malaysia.

HUBUNGAN baik yang dijalankan bersama organisasi media menjadi kekuatan buat Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj dalam usaha mempertahankan jawatannya pada pemilihan Kongres FAM ke-57, Sabtu ini.

Christopher yang lebih mesra dengan panggilan Chris, 45, me­ngakui masih banyak tugas yang perlu diselesaikan dalam meningkatkan lagi mutu perhubungan badan induk bola sepak negara itu ke tahap lebih tinggi.

Kata Chris, meskipun bergelar calon bebas tanpa menaungi mana-mana persatuan bola sepak (FA), ia tidak menghalang minatnya dalam mencurahkan pe­ngalaman hampir 30 tahun dalam arena sukan No. 1 negara.

“Pelantikan saya pada 2017 membuka lembaran baharu buat diri saya dalam pembabitan saya sebagai Exco FAM.

Berdepan saingan sengit ketika itu, saya tidak menyangka dipilih sebagai Exco memanda­ngkan saya hanya bergelar ahli bebas dan tidak bernaung di bawah mana-mana persatuan,” katanya.

Chris yang dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam berpuas hati apabila dapat melaksanakan banyak perubahan terutama meningkatkan jumlah pengikut di platform media sosial FAM.

“Kami akan berusaha menambah baik isi kandungan di laman sosial kerana ia dapat membantu pembangunan bola sepak negara sebagai salah satu usaha meningkatkan nilai komersial liga Malaysia yang juga dapat membantu FAM meneruskan kelangsungan penjanaan kewangan.

“Selain itu, jawatankuasa media FAM juga berhasrat untuk menubuhkan pangkalan data yang lengkap untuk bekas pemain kebangsaan.

“Usaha ini adalah untuk memastikan bahawa segala rekod butiran, statistik dan sejarah bola sepak negara terus terpelihara dan boleh menjadi bahan rujukan oleh segenap lapisan masyarakat,” katanya.

Kongres FAM ke-57 kali ini akan membuat pemilihan Exco baharu untuk penggal 2021-2025.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI