PENYANYI Rose daripada kumpulan Blackpink menjadi artis wanita pertama yang mencatat penjualan album tertinggi setakat ini.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan syarikat YG Entertainment baru-baru ini mendedahkan, jumlah pratempahan untuk album solo penyanyi itu melebihi angka 400,000 unit.
Pratempahan untuk album yang diberi judul ‘-R-’ tersebut mula dibuka kepada peminat domestik dan antarabangsa sejak 4 Mac lalu.
Dalam masa hanya empat hari, album solo perdana Rose berjaya mengutip angka yang luar biasa sehingga peminat meramalkan dia akan mencipta rekod sebagai penyanyi wanita dengan penjualan album tertinggi.
Rose menjadi anggota kedua Blackpink yang mengembangkan karier solo selepas Jennie terlebih dahulu melancarkan single berjudul Solo pada 2018.
Album ‘-R-’ akan diluncurkan secara rasmi pada 12 Mac ini tepat pukul 2 petang waktu tempatan.