RAMAI yang tidak menyangka bahawa anak dramatis popular Amyza Adnan, Adrian Adam mempunyai bakat nyanyian yang luar biasa.
Bakatnya mula menjadi bualan ramai selepas membuat persembahan dengan ibunya dalam rancangan Famili Duo baru-baru ini. Apatah lagi, pasangan anak beranak itu diumumkan sebagai juara mingguan, sekali gus membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000.
Lebih mengejutkan, pelakon hebat Fauziah Nawi dan penyanyi terkenal Anuar Zain turut memuji persembahan Adrian usai program tersebut berakhir.
Rata-rata netizen juga berpendapat, Adrian bakal menjadi penyanyi hebat satu hari nanti sekiranya diberikan peluang.
Mizz Lahar pun suka tonton persembahan Adrian. Untuk seorang remaja berusia 13 tahun, vokalnya boleh dikategorikan sangat mantap. Semoga Adrian akan menjadi penyanyi hebat satu hati nanti!
MIZZ LAHAR: Dengarnya ramai penonton kritik lakonan Nadia Brian dalam drama Aku Yang Kau Gelar Isteri sangat kaku, kayu dan kurang emosi. Betul ke?