fbpx

Ramai polis Kelantan salah guna media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Polis Kelantan telah membuka sebanyak 108 kertas siasatan tatatertib melibatkan pegawai dan anggota polis yang menyalahgunakan laman sosial mereka sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kertas siasatan itu dibuka selepas mendapati ada pegawai dan anggota polis memuat naik perkara negatif sehingga tular dan mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Dalam tempoh tiga bulan ini, kita telah mengenal pasti sembilan kes melibatkan salah guna melibatkan polis kontinjen Kelantan.

“Justeru, saya minta agar jangan sesakali salahguna media sosial dengan memuat naik perkara negatif. Jangan cuba mengenakan rakan tanpa pengetahuan mereka kerana ia akan memberi kesan bukan sahaja terhadap individu tetapi juga organisasi.

“Peringatan ini turut diberikan kepada pegawai dan anggota termasuk pasangan masing-masing agar tidak memaparkan kehidupan mewah di laman sosial bagi mengelak persepsi negatif yang dilemparkan oleh orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Kontinjen Kelantan, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Shafien, polis sudah mengarahkan pasukan khas untuk memantau laman sosial pegawai dan anggotanya dalam usaha mengekang penyalahgunaan platform itu bagi menjaga imej organisasi.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI