fbpx

Pirlo tidak risau masa depan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pirlo yakin Juventus akan terus mengekalkan khidmatnya. – AFP

TURIN – Ketua jurulatih Juventus, Andrea Pirlo mengakui tidak bimbang mengenai nasibnya bersama pasukan itu selepas mereka tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Pada aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik awal pagi semalam, Juventus berjaya mencatat kemenangan 3-2 ke atas FC Porto untuk perlawanan berakhir dengan agregat 4-4 tetapi mereka terpaksa akur dengan kelebihan gol di tempat lawan milik jaguh dari Portugal itu.

Rembatan Sergio Oliveira yang melepasi jangkauan Wojciech Szczesny untuk gol kedua Porto menyebabkan Juventus terpaksa berputih mata.

“Saya tidak tahu mengapa (Maurizio) Sarri dipecat. Saya jurulatih Juventus, saya membawa masuk beberapa pendekatan yang berbeza, proses tersebut masih berjalan dan memerlukan tempoh. Jadi, saya tidak begitu risau.

“Saya tidak gembira apabila pasukan ini terpaksa beraksi sepanjang minggu tetapi saya berharap dapat kekal di Liga Juara-Juara.

“Sekarang, kami berada dalam situasi ini, kami akan bekerja dari pelbagai aspek dalam latihan selepas ini untuk meningkatkan lagi permainan,” jelasnya.

Gergasi Itali itu berdepan satu lagi penyingkiran selepas tewas kepada Ajax Amsterdam dan Olympique Lyon pada dua musim sebelum ini.

“Apabila anda melakukan empat kesilapan besar dalam dua saingan ketika pusingan 16 pasukan terbaik, anda akan tersingkir.

“Kami tidak melakukan kesalahan ketika Porto terpaksa beraksi dengan 10 pemain, malah kami cuba untuk memasuki kawasan penalti mereka menyebabkan kami mampu melakukan jaringan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI