fbpx

Ocon percaya Alpine F1 mampu mencabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OCON tidak meragui kemampuan Alpine F1 dalam memberikan cabaran musim ini dan yakin mereka mampu memperbaiki kedudukan. – AFP

LONDON – Pelumba pasukan Alpine F1, Esteban Ocon optimis dapat membantu pasukan mencipta prestasi yang lebih bagus pada saingan Formula Satu (F1) musim ini selepas merekodkan kedudukan kelima terbaik kategori pengeluar pada tahun lepas.

Sebagai rekod, pasukan yang sebelum ini dikenali sebagai Renault telah berwajah baharu musim ini dengan menukar jenama mereka kepada Alpine F1 selain turut membawa kembali bekas juara dunia, Fernando Alonso untuk digandingkan dengan Ocon.

Malah, pasukan yang berpangkalan di Enstone, England itu turut melantik pengarah perlumbaan baharu, Davide Brivio yang sebelum ini berjaya mencipta sejarah membantu pasukan Suzuki menjuarai Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) tahun lalu.

Kata Ocon, perubahan teknikal dan penjenamaan baharu pasukan memberi perkemba­ngan positif dalam usaha memastikan keputusan yang diraih pada saingan F1 musim ini lebih baik berbanding edisi lepas.

“Kami semua sangat berpuas hati dengan prestasi pada musim lepas kerana bukan mudah untuk menamatkan kedudukan kategori pengeluar di tempat kelima kerana jentera pasukan pesaing semua memiliki kualiti tersendiri.

“Saya tidak tahu apa Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang bakal diletakkan oleh pihak pengurusan musim ini tetapi saya percaya jika semua pihak memainkan peranan masing-masing, kita boleh mengulangi pencapaian tersebut atau mungkin lebih baik.

“Malah, saya turut positif dengan kualiti yang dimiliki oleh jentera kami, A521 yang cukup pantas dan kompetitif. Jika bernasib baik, mungkin tidak mustahil kami akan meraih beberapa kedudukan podium musim ini,” kata Ocon. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN