fbpx

Kantoi proses air ketum di dapur rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas dalam operasi di Taman Kasih Putera, Bahau, di sini semalam.

JEMPOL – Tiga lelaki termasuk seorang remaja berjaya ditangkap polis ketika sedang memproses air ketum di dapur sebuah rumah di Taman Kasih Putera, Bahau, di sini semalam.

Ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 19 hingga 34 tahun itu digempur polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol dalam satu operasi bermula pukul 11 pagi hingga pukul 1 tengah hari.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, menerusi operasi berkenaan, polis merampas 225 bungkus plastik lutsinar cecair air ketum yang dianggarkan nilai isipadunya sebanyak 225 liter dan lapan bungkus plastik berisi daun ketum dengan anggaran berat 45 kilogram.

“Selain itu, kita turut merampas 144 botol ubat batuk, empat tong plastik warna oren , dua tong plastik warna merah , dua tong gas , dua dapur masak , dua periuk belanga, satu alat timbang dan tiga alat penapis besar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chang Hook memberitahu, dalam serbuan sama turut ditemui satu peket plastik berisi bahan disyaki dadah jenis Syabu dan peralatan menghisap dadah.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati salah seorang daripada suspek berusia 27 tahun positif dadah jenis Methamphetamine dan dua daripadanya negatif.

“Semakan juga mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan kesemua suspek yang berasal dari Felda Lui Selatan direman selama empat hari,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan 12(2) ADB 1952. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI