fbpx

Jangan politikkan isu demi kepentingan sendiri – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan ahli politik di negara ini agar tidak mempolitikkan sebarang isu yang boleh mendatangkan kegusaran atau mempengaruhi orang ramai demi kepentingan diri sendiri.

Menurutnya, tindakan segelintir ahli politik mempolitikkan sesuatu isu demi kepentingan diri sendiri merupakan tindakan yang tidak wajar kerana ia akan merumitkan keadaan di waktu sukar ketika pandemik Covid-19.

“Contohnya mengenai anggota keselamatan mengadakan kawalan di tempat-tempat ibadat yang dijadikan isu. Dahulu tidak timbul dan mengapa baru sekarang isu tersebut timbul.

“Isu remeh seperti ini dijadikan isu politik dan dituduh tidak sensitif kerana membawa senjata. Terdapat juga isu yang dikaitkan dengan perkauman dan agama, saya mohon ia dihentikan kerana banyak lagi perkara penting untuk dititikberatkan PDRM,” katanya ketika sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya ingin menegaskan pelaksanaan PDRM tiada kaitan dengan politik.

“Timbul kata-kata yang tidak elok seperti PDRM sebagai alat untuk menyokong kerajaan dan sebagainya. Di sini saya ingin menegaskan bahawa PDRM tiada kaitan dengan politik.

“Sekiranya terdapat sebarang isu dan laporan telah dibuat, kita akan membuka kertas siasatan dan merakam percakapan. Siasatan akan dilakukan secara profesional serta adil,” tegasnya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI