fbpx

Ibu Ratu Rock Malaysia Ella meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ella memaklumkan Allahyarham Yang Asmah (kiri) disahkan meninggal dunia sekitar pukul 2.30 pagi tadi.

PETALING JAYA – Ibu kepada penyanyi Ella, Yang Asmah Long, 92, dilaporkan meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Telok Gadong, Klang, awal pagi tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh penyanyi yang mendapat gelaran Ratu Rock itu dalam Instagramnya.

“Salam dan sejahtera. Buat makluman dan mohon didoakan bonda kepada Ella, Hajah Yang Asmah Long yang telah pulang menemui penciptaNya sekitar pukul 2.30 pagi tadi.

“Semoga Allah SWT mengampuninya, rahmatinya, maafkannya, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai gantu tempat tinggalnya dan berikanlah kesabaran kepada ahli keluarganya.

“Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman yang solehah,” ujarnya Ella yang juga ibu saudara kepada penyanyi Kaka Azraff itu.

Jenazah Yang Asmah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam sebelum waktu Zohor hari ini.

Menerusi ruangan komen, ramai rakan artis meninggalkan ucapan takziah kepada penyanyi tersebut atas pemergian ibu tercinta.

“Al-fatihah. Salam takziah buat Kak Ell dan keluarga,” ujar penyanyi Aina Abdul.

Selain Aina, penyanyi Radhi OAG dan juga pelakon, Zahida Rafik turut meninggalkan komen dan doa supaya Allahyarham diampunkan dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI