fbpx

Datuk Seri didakwa tipu projek pembinaan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk Seri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang pengarah syarikat berhubung projek pembinaan jalan raya yang tidak wujud empat tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh Datuk Seri Ahamed Malik Syed Hamid, 68, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menipu Datuk Md. Jailam Jeganathan Abdullah,64, dengan cara memperdayakan mangsa dalam urusan mendapatkan projek yang tidak wujud iaitu Projek Pembinaan Jalan Raya ‘Road Surfacing Project’.

Perbuatan itu telah dengan curangnya mendorong mangsa untuk menyerahkan wang secara tunai RM250,000 yang mana mangsa tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan tempat letak kereta Masjid Negara, Jalan Perdana di sini pada Mac 2017.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharin manakala peguam Amir Farid Mohd. Nawawi mewakili tertuduh.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 April ini untuk tarikh sebutan semula kes.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI