fbpx

Chin Hin cadang miliki 45 peratus kepentingan dalam Aima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Chin Hin Group Property Bhd. (Chin Hin) bercadang  untuk memiliki kepentingan 45 peratus dalam Aima Construction Sdn. Bhd. (Aima) sebagai usaha Kumpulan meluaskan penceburannya dalam industri pembinaan.

Chin Hin yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia terlibat dalam aktiviti pengeluaran dan penjualan kenderaan komersial baharu serta yang dipasang semula selain sektor hartanah.

 Pengarah Eksekutif Chin Hin, Chiau Haw Choon berkata, Aima memiliki rekod yang baik sejak tiga dekad lalu dalam kerja-kerja pembinaan untuk projek kediaman bertanah dan bertingkat dengan nilai projek yang telah disiapkan kira-kira RM1.7 bilion.

Syarikat juga terdiri daripada kontraktor gred 7 di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan serta terlibat dalam sektor pembinaan, kontraktor serta sub kontraktor.

Nilai tempahan buku syarikat kini adalah sebanyak  RM320 juta.

“Berdasarkan cadangan pemilikan tersebut, Aima akan menjadi syarikat sekutu bagi Chin Hin dan ia akan membolehkan Kumpulan memiliki akses secara tidak langsung kepada projek sedang dibangunkan oleh  Aima dan juga projek akan datang.

“Misi kami adalah untuk mengubah Chin Hin menjadi pemaju hartanah dan pemain utama dalam industri pembinaan, sehubungan itu, cadangan pemilikan tersebut bersesuaian dengan strategi Kumpulan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Selain itu, Haw Choon menerangkan,  melalui pemilikan tersebut, Aima pula akan memperoleh peluang daripada perkembangan rangkaian Chin Hin dalam sektor hartanah dan pembinaan untuk meningkatkan tempahan bukunya pada masa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI