fbpx

BCL sedar Ashraf sudah meninggal sebelum ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BCL dan arwah Ashraf ketika bercuti di New York, beberapa hari sebelum kematiannya. - Instagram

JAKARTA – Penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) mendedahkan sudah mengetahui arwah suaminya, Ashraf Sinclair meninggal dunia sebelum jenazah di bawa ke hospital, lapor Suara.com, semalam.

BCL berkata ketika dia cuba membangunkan Ashraf yang kaku di atas katil, hatinya kuat mengatakan suaminya itu sudah tiada.

“Kami sempat berbual sebelum dia masuk ke bilik tidur. Apabila saya selesai mencuci muka, saya cuba membangunkannya dengan mencium pipi namun tiada respons.

“Pada ketika itu, hati saya sudah terdetik ini bukan gaya pengsan,” ceritanya dalam temubual bersama Boy William di saluran YouTube.

Melihat kepada Ashraf yang kaku, BCL menjerit memanggil ibunya sehingga anak tunggalnya, Noah Sinclair terbangun daripada tidur.

Apabila BCL menelefon rakan rapatnya untuk meminta bantuan membawa arwah ke hsopital, wanita itu tahu dia sudah kehilangan teman hidup.

“Saya telefon rakan dan beritahu ‘boleh bawa saya ke hospital? Saya rasa Ashraf sudah tiada’.

“Apabila doktor mengesahkan kematian Ashraf di hospital, saya tidak terkejut. Saya sudah rasakannya sejak di rumah lagi,” tutur BCL.

Ashraf Sinclair, pelakon kelahiran Malaysia, meninggal dunia pada usia 40 tahun setahun yang lalu akibat serangan jantung di rumahnya di Jakarta, Indonesia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI