fbpx

Ada masalah peribadi – Hannah Delisha bersuara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS perkahwinannya bersama Imam Shah menimbulkan pelbagai isu dan spekulasi, Hannah akhirnya bersuara dan memohon maaf atas masalah yang timbul membabitkan dirinya dan keluarga.

PETALING JAYA – Diserang spekulasi kononnya perkahwinan telah berlangsung setahun lalu dan tidak direstui ibu, pelakon popular Hannah Delisha akhirnya membuka mulut.

Menerusi hantaran dalam InstaStorynya, pelakon kelahiran Singapura itu memohon maaf sekiranya isu yang timbul membabitkan dirinya sejak beberapa hari lalu mencuri perhatian ramai pihak.

“Seperti anda semua, saya juga ada masalah peribadi. Saya minta maaf sekiranya isu tersebut tersebar luas kepada umum.

“Sejak menyertai industri, niat saya cuma untuk menghiburkan anda semua iaitu peminat menerusi hasil kerja, bukannya berkenaan isu peribadi.

“Saya seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada terlibat dalam sebarang gosip demi menjaga nama baik negara sendiri. Saya berharap untuk sentiasa berada di atas jalan ini. Insya-Allah,” ujarnya.

Hannah juga membuat permohonan maaf atas segala berita tidak enak membabitkan dirinya dan keluarga.

“Sekali lagi saya minta maaf. Kalian berhak mendapat yang lebih baik daripada saya berbanding semua ini.

“Apa yang saya harapkan adalah doa daripada kalian dan juga ruang privasi buat diri saya,” katanya lagi.

Sejak beberapa hari lalu, nama Hannah hangat diperkatakan ramai apabila ibu kandungnya, Noor Ashikin Ahmad

mendakwa dia tidak merestui perkahwinan anak perempuannya itu menerusi puisi yang dikongsikan dalam Instagram berserta tanda pagar #ibutidakrestu.

Lebih menghangatkan situasi apabila ibu mentua Hannah, Mariana pula memuat naik hantaran berbaur sokongan kepada menantu dan anak lelakinya supaya terus kuat berdepan ujian hidup.

Tidak terhenti di situ, api perdebatan netizen seperti bersimbah minyak apabila muncul pula dakwaan mengatakan Hannah dan suaminya Imam Shah yang merupakan pelakon di Singapura sebenarnya sudah pun berkahwin sejak setahun lalu.

Semuanya gara-gara perkongsian pengacara Eleena Sui dalam Instagramnya pada tahun lalu bertarikh 19 Februari sama dengan gambar yang dikongsikan ibu mentua Hannah semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI