PETALING JAYA – Sebanyak tujuh kawasan di utara Semenanjung Malaysia merekodkan tahap satu (berjaga-jaga) dengan suhu harian diramal bakal mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga hari berturut-turut.
Menurut data status gelombang haba Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikemas kini setakat pukul 4.30 petang ini, kawasan terlibat adalah Pulau Langkawi, Kota Setar, Kuala Muda dan Baling di negeri Kedah.
“Kuala Kangsar, Kinta dan Batang Padang di Perak juga merekodkan tahap satu (berjaga-jaga).
“Semua kawasan di Sabah dan Sarawak dalam pemantauan,” kata MetMalaysia dalam satu hantaran di akaun laman sosial Facebook jabatan itu hari ini. -K!ONLINE