fbpx

Tembak isteri: Reman disambung enam hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reman ke atas suspek dan rakannya yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan wanita di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi, Johor disambung enam hari lagi sehingga 16 Mac.

JOHOR BAHRU – Reman ke atas suspek kes bunuh isteri di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi dekat sini dalam kejadian 1 Mac lalu disambung enam hari lagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Datuk Md. Yusof Ahmad berkata, tempoh perintahan tahanan reman ke atas suspek berusia 48 tahun itu serta rakannya berusia 32 tahun bermula esok sehingga 16 Mac depan.

“Polis sudah dapat perintah sambung reman selama enam hari sampai 16 Mac depan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, suspek yang juga suami kepada wanita berusia 38 tahun dan rakannya direman selama enam hari bermula Jumaat lalu dan berakhir hari ini.

Mayat kerani sumber manusia sebuah kilang swasta itu ditemui di dalam tong berwarna biru yang ditanam suaminya berhampiran sebuah ladang di Felda Papan Timur, Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Rahsia pembunuhan kejam itu terbongkar selepas jiran yang juga rakan baik suspek memberi maklumat kepada polis ketika siasatan berhubung kes orang hilang yang dilaporkan suspek dijalankan.

Ibu kepada dua anak itu mati ditembak kira-kira pukul 2.30 pagi, 1 Mac lalu dengan menggunakan senapang angin pada jarak dekat di rumah kediaman pasangan itu di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi sebelum mayatnya ditanam di kawasan ladang berkenaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI