fbpx

Pekerja maut, majikan didenda RM40,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Mahkamah Kota Tinggi, Johor.

KOTA TINGGI – Sebuah syarikat dijatuhkan hukuman denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah kerana gagal memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja kepada semua pekerjanya, dua tahun lalu.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor dalam kenyataan berkata, Hakim Zahilah Mohammad Yusoff menjatuhi hukuman itu selepas Syarikat TECNIMONTHQC Sdn. Bhd. sebagai majikan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, syarikat itu gagal memastikan kerja-kerja rentangan dan kemasan kabel gentian optic di panel SB-321-C-02-SP-02 di dalam bilik Sub-Station 321 dikawal selia oleh orang yang kompeten iaitu penjaga jentera yang bertauliah.

Ekoran kegagalan itu menyebabkan berlaku kemalangan maut ke atas seorang pekerja sub-kontraktor pada 20 September 2019 akibat renjatan elektrik.

Kesalahan itu dilakukan dibawah Seksyen 15 (1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Sabit kesalahan, syarikat atau wakilnya boleh dihukum denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan telah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JKKP Johor, Wan Siti Norfatin Wan Mohd. Ghazali dan Mohd. Izharkahiri Mohd. Yusuf.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI