fbpx

Mat Salih ini pertahan ‘lagi sedap makan guna tangan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rhys Willams

PETALING JAYA – Seorang lelaki di Twitter yang menggelarkan dirinya sebagai The Royal Butler dikecam hebat ramai netizen bukan sahaja dari Malaysia bahkan luar negara kerana memperlekehkan budaya makan nasi menggunakan tangan.

Lelaki bernama Grant Harrold itu memuat naik satu ciapan angkuh berbunyi: “Tuan-tuan dan puan-puan, sentiasa ingat kita gunakan pisau dan garfu atau penyepit makanan untuk makan nasi.

“Kita tak menggunakan tangan atau jari!,” ciapnya berserta sekeping foto menikmati nasi menggunakan garfu dan pisau.

Ciapan itu mendapat kecaman bertubi-tubi daripada orang ramai termasuk netizen dari Malaysia, Indonesia dan India yang sinonim dengan etika atau budaya makan menggunakan tangan.

Tangkap layar lelaki yang menggelarkan dirinya The Royal Butler dalam Twitter seperti memperlekeh budaya makan nasi guna tangan.

“Kalau etika mengajar anda untuk memperlekeh budaya seseorang, maka tidak perlu untuk memperbaiki etika anda,” getus seorang pengguna Twitter melalui satu ciapan.

Dalam pada itu, selebriti media sosial warganegara Britain yang sudah lama tinggal di Malaysia, Rhys Williams tampil mempertahankan budaya makan menggunakan tangan dengan ciapan bersahaja.

“Tapi makanan rasa lagi sedap kalau makan menggunakan tangan,” ciap lelaki yang terkenal dengan tanda pagar #matsallehcarimakan itu.

Dia turut berkongsi sekeping foto menjamah nasi kandar yang popular di Malaysia menggunakan tangan.

The Royal Butler menerusi deskripsi atau bio di Twitter menyatakan dirinya merupakan mantan pelayan diraja kepada Putera Charles dan Putera Harry dari United Kingdom. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI