fbpx

Malaysia, Saudi tandatangan perjanjian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bib Abdulaziz menyambut kedatangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Riyadh semalam

RIYADH, Arab Saudi- Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Riyadh semalam bagi membincangkan hubungan dua hala, aspek kerjasama dan juga peluang memperkukuhkannya dalam pelbagai bidang, lapor Agensi Berita Saudi.

Selepas pertemuan tersebut, Raja Salman dan Muhyiddin memeterai tiga perjanjian melibatkan kedua-dua negara.h

Perjanjian tersebut ditandatangani Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan dan juga rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Perjanjian pertama meliputi risalah penubuhan Majlis Penyelarasan Arab Saudi – Malaysia, perjanjian kedua berkaitan kedatangan jemaah dan yang ketiga merupakan memorandum persefahaman dalam bidang urusan Islam.

Mesyuarat dan majlis menandatangani perjanjian tersebut dihadiri oleh Menteri Tenaga, Putera Abdul Aziz bin Salman dan Menteri Pelaburan, Khalid Al – Falih. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI