fbpx

Lepas hilang kerja, merana kanser bahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fadel (kiri) menziarahi Mohd. Faisal di Taman Renggam Jaya, Simpang Renggam, Kluang baru-baru ini.

KLUANG – Seorang bekas pemandu lori sayur di Singapura hilang mata pencarian untuk menyara keluarga selepas disahkan menghidap penyakit kanser bahu sejak November tahun lalu.

Akibat masalah kesihatan itu telah mengubah nasib Mohd. Faisal Ali, 43, yang kini tidak mampu melakukan kerja berat malah hilang punca pendapatan untuk menyara isteri serta tiga anak perempuan berusia tiga hingga sembilan tahun.

Menurut Mohd. Faisal, sebelum ini, dia bekerja sebagai pemandu lori sayur di Singapura sebelum mengambil keputusan berhenti kerja selepas pintu sempadan negara ditutup ekoran pandemik Covid-19, Mac tahun lalu.

“Selepas berhenti kerja di ­Singapura, saya kerja di kampung sebagai pemotong kelapa sawit. Pada mulanya saya rasa sakit pada bahu kanan sekitar bulan Julai, saya ingatkan bisul sakit biasa sahaja.

“Lama-lama tak tahan sakit dan bengkak semakin besar, saya pergi mendapatkan rawatan di beberapa hospital termasuk di Johor Bahru sebelum doktor sahkan saya kena kanser bahu tahap satu pada November tahun lalu dan perlu buat pembedahan segera,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Akibat kerap kali mengambil cuti sakit, Mohd. Faisal mengambil keputusan untuk berhenti kerja ditambah pula dia juga tidak mampu melakukan kerja-kerja berat dan kini hanya berehat di rumah gara-gara kerap berasa sakit di tempat bekas pembedahan.

Mohd. Faisal bingung memikirkan masa depan keluarga­nya apabila duit simpanan serta i-sinar Kumpulan Simpanan Wang Pekerja yang diperolehinya semakin menyusut.

“Dengan duit i-Sinar inilah saya gunakan untuk menampung hidup termasuk membayar tunggakan ansuran rumah selama ­tujuh bulan sebanyak RM1,750.

“Duit semakin hari semakin susut, sekarang anak-anak sudah nak mulakan persekolahan, lagi banyak perbelanjaan diperlukan,” katanya.

Jelas Mohd. Faisal, isterinya, Siti Suriyana Abdul Shukor, 38, bersedia mengambil alih tugas untuk mencari kerja untuk menampung keluarga mereka de­ngan bekerja sambilan di kawasan sekitar.

Dalam pada itu, Pengerusi Ekonomi Golongan B40 Johor, Datuk Mohd. Fadel Alwi berkata, pihaknya akan berhubung de­ngan jabatan kerajaan berkaitan bagi merujuk kes itu dan memohon sumbangan orang ramai bagi meringankan beban pasangan terbabit.

“Mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh menyumbang terus ke akaun Maybank milik Mohd. Faisal Ali 1511 916 02911 atau hubungi wakil masyarakat setempat Karim Jamali ditalian 012 737 7801,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI