AGENSI naungan aktres popular Park Shin-hye dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan perkembangan terkini berhubung tindakan undang-undang yang diambil ke atas netizen melampau.
Sehingga ke hari ini, agensi tersebut konsisten meneruskan tindakan undang-undang terhadap pelaku yang sering menulis komen melampau terhadap Shin-hye.
“Menerusi pemantauan sendiri dan informasi yang diterima daripada peminat, kami berjaya mengumpulkan segala bukti berkaitan kandungan melampau terhadap Shin-hye.
“Semua bukti sudah pun diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Daerah Suwon cawangan Seongnam.
“Keputusannya, pada Februari lalu, pelaku (defendan) dikenakan hukuman penjara dan denda bawah akta berkaitan.
“Kami akan meneruskan tindakan seperti ini ke atas pihak tidak bertanggungjawab yang sering meninggalkan komen melampau, fitnah, gangguan seksual dan mengganggu privasi,” ujar agensi tersebut.