fbpx

Kebenaran Gelembung Pelancongan Bersasar bantu pemulihan ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kebenaran Gelembung Pelancongan Bersasar oleh kerajaan yang membolehkan pelancong dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bergerak merentas ke negeri di bawah PKPP lain mulai hari ini memberi nafas lega kepada penggiat industri pelancongan, seni dan budaya tempatan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kebenaran itu juga secara tidak langsung membuka ruang dan peluang untuk orang ramai kembali melancong, manakala perniagaan sektor pelancongan boleh mula beroperasi sepenuhnya.

“Sudah pasti, ini boleh menjadi permulaan lembaran baru sebagai pemangkin untuk industri ini bangkit semula, seterusnya membantu kelangsungan hidup para pekerja yang terlibat dalam rantaian sektor pelancongan,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Nancy menyeru syarikat pelancongan tempatan untuk mengambil peluang mempamerkan perkhidmatan yang telah mempesona dan memuaskan hati ramai pelancong domestik dan asing yang telah berkunjung ke destinasi di negara ini sebelum ini.

“Tawaran harga menarik dan berpatutan, penambahan pengalaman melancong melalui penceritaan pemandu pelancong serta kemudahan perkhidmatan pemandu dan pengangkutan pastinya boleh menarik minat untuk rakyat Malaysia kembali untuk menggunakan perkhidmatan anda di masa hadapan.

“Saya percaya banyak lagi destinasi menarik yang ada di negara ini yang belum kita terokai sepenuhnya,” katanya.

Sehubungan itu, Nancy berharap rakyat Malaysia akan dapat menjadi pelancong bertanggungjawab dan menikmati pengalaman persembahan kebudayaan tanpa alpa dan leka untuk mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Sama-samalah kita bekerjasama dan terus berdoa agar industri pelancongan dan kebudayaan tempatan tidak perlu lagi melalui saat sukar kerana impak negatifnya terhadap rantaian ekonomi sangat mendalam,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI