fbpx

Haslina dilantik KSU MAFI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haslina

PUTRAJAYA –  Datuk Haslina Abdul Hamid, 53,  dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, Haslina berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk kewangan dan pentadbiran, dasar dan pengurusan sumber manusia serta pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), MAFI.

“Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, Haslina telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama 25 tahun dengan jawatan pertama yang disandang sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam pada 23 Mac 1996.

“Beliayu juga berkelulusan Sarjana Undang-Undang dari Universiti Keio, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pentabiran (Kepujian) dari Universiti Malaya,” katanya.

Mohd. Zuki berkata, beliau mempunyai keyakinan penuh dengan kelayakan, pengalaman serta kredibiliti Haslina dalam menjayakan visi dan misi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI