fbpx

Didakwa pandu melulu sebabkan kematian pasangan suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ertuduh Lokganathen didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri dalam satu kemalangan di Saujana Impian, Ahad lalu.

KAJANG – Seorang penghantar dokumen sambilan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri dalam satu kemalangan di Saujana Impian, Ahad lalu.

Bagaimanapun tertuduh S. Lokganathen, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan terhadapnya dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Syahrul Sazli Md. Sain.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memandu kenderaan dengan cara melulu sehingga menyebabkan kematian terhadap pemandu kereta Remyzan Baharudin, 42, dan penumpang hadapan Suzyla Ahmad Dahlan, 40.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Saujana Impian di sini pukul 4 petang pada 7 Mac lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (pindaan) 2020 dan boleh dihukum dibawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 serta tidak lebih RM50,000 dan hilang kelayakan lesen memandu lima tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Liyana Mohd. Sulaiman menawarkan jaminan RM15,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam S.Malini Devi memohon jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan tertuduh merupakan penaggung utama keluarga.

“Tertuduh sudah berkahwin dan menanggung ibu kandung serta ibu mertuanya. Bapa tertuduh baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, ” katanya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sekali sebulan sehingga kes selesai.

Tarikh 13 April ini ditetapkan sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI