fbpx

Datuk auta dokumen ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus syarikat bergelar Datuk kerana disyaki mengemukakan dokumen dengan butiran palsu bagi tujuan memperoleh projek bernilai kira-kira RM8.9 juta di sebuah kementerian.

Menurut sumber, projek tersebut ialah tender membekal makanan di institusi kerajaan bagi tempoh dua tahun bermula 2018.

Difahamkan, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, suspek tersebut dilepaskan dengan jaminan SPRM setelah rakaman percakapan selesai dilakukan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI