fbpx

Buang kucing, lelaki Singapura didenda RM16,506

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kucing yang ditemui di Lorong Sumang, Punggol tahun lalu. - Facebook Susan Lee

SINGAPURA – Seorang lelaki berusia 33 tahun  didenda S$4,000 (RM16,506) kerana menolong seorang wanita membuang 16 ekor kucing miliknya di sebuah blok perumahan awam, Punggol, lapor portal Today Online, hari ini.

Tertuduh, Muhammad Haidhar Zulkifli, turut dilarang daripada mempunyai haiwan peliharaan selama setahun.

Warga Singpura itu memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mahu membayar denda itu sebaliknya akan menjalani hukuman penjara 10 hari sebagai ganti.

Rakan jenayahnya, Nur Hajjar Osman, 35, turut didenda S$4,000 (RM16,506) bulan lalu.

Haidhar mengaku bersalah atas dua pertuduhan membuang haiwan di bawah Akta Haiwan dan Burung serta tuduhan di bawah Akta Kastam kerana menjual rokok tanpa cukai awal tahun ini.

Dia dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan satu minggu untuk kesalahan kedua.

Mahkamah sebelum itu diberitahu, orang awam menghubungi Penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan pada 1 pada Mac 2019 memaklumkan penemuan kucing tersebut di No. 222A, Lorong Sumang.

Kes kemudiannya diambil alih Lembaga Taman Negara (Nparks)

Pada hari kejadian, tertuduh memandu lori yang dipinjam dan membawa lima sangkar berisi kucing tersebut untuk dibuang ke blok berkenaan.

Begitupun, kesemua kucing diselamatkan orang awam.

Pendakwa NParks, Packer Mohamed berkata, tiada alasan boleh diterima untuk seseorang membuang haiwan peliharaan mereka.

“Memelihara haiwan ialah komitmen seumur hidup,” katanya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI