fbpx

Barcelona harap magis di Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARCELONA perlu mendapatkan kelebihan empat gol di Paris jika mahu melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara menentang PSG awal pagi esok. – AFP

BARCELONA – Ketua jurulatih Barcelona, Ronald Koeman mengharapkan keajaiban memihak skuad bimbingannya untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara musim ini.

Koeman, 58, sedar anak-anak buahnya berdepan tugas yang cukup sukar untuk aksi timbal balik pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain (PSG) di Parc des Princes awal pagi esok.

Ia ekoran kekalahan memalukan 1-4 kepada finalis musim lalu itu sewaktu perlawanan pertama antara kedua-dua pasukan di Camp Nou pada 17 Februari lepas.

Bagaimanapun, Koeman tetap percaya mereka mampu ­me­ng­ubah situasi itu berdasarkan prestasi semasa pasukannya yang belum tewas lima perlawanan, selain berjaya mencatat empat kemenangan berturut-turut sejak kekalahan kepada PSG.

“Mudah untuk bangkit kalau ketinggalan dua gol sahaja berbanding keputusan 1-4. PSG bukan lawan mudah dan mereka memiliki ramai pemain bertaraf bintang yang sekali gus menjadikan ia sangat sukar untuk dilakukan.

“Saya tidak minta lebih daripada para pemain, cukup sekadar mereka dapat mempamerkan aksi yang membanggakan dan berusaha untuk mencatat kemenangan.

“Namun, ia tidak bermakna kami sudah menyerah kalah. Peluang tetap ada buat kami kerana perlawanan masih belum tamat. Saya harap kami mampu me­lakukan keajaiban untuk mara ke pusingan seterusnya,” kata ­Koeman.

Kapten Barcelona yang juga pemenangn enam Ballon d’Or, ­Lionel Messi pastinya menjadi pertaruhan utama The Catalan yang perlu memiliki kelebihan empat gol untuk memastikan mereka mampu mengatasi PSG untuk mara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN