fbpx

1,448 pesakit baharu, 2,137 pesakit sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,448 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 317,717 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 10 kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan sebanyak 1,438 kes penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 18,010 kes.

“Selain itu, terdapat 2,137 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 di Malaysia sebanyak 298,516 kes.

“Terdapat lima kes kematian baharu hari ini menjadikan sebanyak 1,191 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” katanya pada Facebook beliau di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 151 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 72 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI