fbpx

UMNO, Pas Selangor tolak jawatan PeKT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh ( dua kanan) dan Ahmad Yunus ( dua kiri) menunjukkan kenyataan bersama antara UMNO dan Pas Selangor menolak jawatan PeKT.

SHAH ALAM – UMNO dan Pas Selangor hari ini bersolidariti menolak pelantikan jawatan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) sebagaimana agihan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan baru-baru ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi Badan Perhubungan Pas, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dalam kenyataan bersamanya, memaklumkan Pas Selangor telah menolak jawatan PeKT dengan tidak mencalonkan nama.

Justeru, sebagai tanda solidariti dan sokongan, UMNO Selangor mengambil keputusan menolak jawatan PeKT ditawarkan walaupun telah menghantar nama sebelum ini.

“UMNO dan Pas Selangor berpendapat bahawa jawatan dalam kerajaan bukan bahan tawar-menawar.

“Sebaliknya, lebih kepada untuk menjaga kebajikan rakyat dan bukan dipergunakan untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu,” katanya.

PeKT adalah suatu inisiatif yang diwujudkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertujuan memperkasakan komuniti melalui pelaksanaan matlamat-matlamat Dasar Komuniti Negara.

PeKT akn menjadi wakil kepada kerajaan persekutuan di negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN).

Ketika ini, hanya tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang tidak ditadbir di bawah kerajaan PN. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI