fbpx

Tetak kucing hingga mati, lelaki dihukum penjara 29 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BELUD – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 29 bulan ekoran didapati bersalah menetak kucing milik jirannya di Kampung Timbang Dayang dalam kejadianyang berlaku pada Julai tahun lalu.

Tertuduh, Jaferi Suman, 32, dijatuhkan hukuman itu semalam di Majistret Lovely Natasha Charles selepas mengaku bersalah ke atas pertuduhan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Mengikut seksyen terbabit, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tertuduh difahamkan melakukan perbuatan itu pada 3 Julai tahun lalu sekitar pukul 3 petang di hadapan anak-anak pengadu yang juga pemilik kucing berkenaan.

Pengadu sejurus kejadian itu membuat laporan polis pada keesokan harinya pada pukul 3.35 petang sebelum tertuduh ditahan pada 5 Julai.

Tindakan tertuduh yang membunuh kucing terbabit menggunakan parang di hadapan dua anak pengadu turut mengakibatkan trauma.

Mengikut keterangan kes juga, siasatan mendapati tertuduh adalah seorang penagih dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau.

Terdahulu, dalam rayuannya, Jaferi meminta supaya hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditahan reman iaitu pada 5 Julai tahun lalu dan Lovely kemudiannya membenarkan rayuan tertuduh.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Mohd U’kasyah Hashim. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI