fbpx

Sindiket judi dalam talian beroperasi di kondominium mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adzli (tengah) di salah satu unit kondominium yang dijadikan pusat panggilan oleh sindiket judi dalam talian di Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Polis berjaya membongkar kegiatan satu sindiket judi online selepas melakukan serbuan di tiga unit kondominium mewah di Kelab Cinta Sayang di sini malam semalam.

Kondominium yang disewa oleh sindiket judi itu dijadikan sebagai pusat panggilan untuk kegiatan haram tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, seramai 23 ahli sindiket itu yang berusia antara 17 hingga 40-an ditahan dalam serbuan pada pukul 11 malam.

Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada 17 lelaki dan tiga wanita tempatan serta tiga lelaki warga China.

Katanya, premis tersebut diserbu hasil maklumat dan risikan yang dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.

“Polis turut merampas 235 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 13 komputer riba serta 10 modem yang dipercayai digunakan oleh sindiket untuk aktiviti perjudian tersebut.

“Sindiket ini dipercayai baru memulakan operasi mempromosi judi dalam talian kepada warganegara China sejak dua minggu lalu di premis yang disewa pada harga RM3,000 sebulan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Adzli, semua lelaki dan wanita tempatan itu diawasi tiga lelaki warga China yang bertindak sebagai penyelia dan dibayar gaji RM3,000 seorang untuk mendapatkan pelanggan.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini sedang menyiapkan laman web untuk transaksi judi dalam talian dan belum lagi melibatkan sebarang pertaruhan,” tambahnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI