fbpx

Peniaga nasi lemak jaga anak hidap SLE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamisah (kiri) melihat keadaan Syazwaliza (kanan) yang baru mendapat rawatan penyakit SLE di pusat perubatan DEMC di Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Pepatah ‘berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’ cukup sesuai bagi menggambarkan mengenai kisah seorang ibu tunggal yang gigih menjaga dua anaknya seorang diri.

Tambah memilukan ibu tunggal, Kamisah Abdullah, 53, yang gigih menjaga seorang anaknya, Syazwaliza Mohd. Yusof, 17, yang menghidap penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) sejak tujuh tahun lalu.

SLE merupakan penyakit autoimun iaitu badan menghasilkan antibodi yang menyerang tisu badan sendiri sehingga menyebabkan radang atau inflamasi di kulit, sendi dan organ dalaman seperti otak, paru-paru, jantung dan buah pinggang.

Menurutnya, dia terpaksa menggalas tugas sebagai ketua keluarga selepas kematian suaminya, Mohd. Yusof Puteh, 81, akibat kanser prostat tiga tahun lalu.

Kamisah berkata, dia me­nyara Syazwaliza dan seorang lagi anaknya, Muhammad Syarifqi, 14, dengan hanya berniaga nasi lemak.

“Pendapatan tidak menentu dengan jualan ketika ini secara purata hanya mampu meraih RM600 sebulan.

“Bagi menampung keperluan bulanan, saya juga mengambil upah menjahit baju dengan bayaran serendah RM70 sehingga RM250 mengikut jenis jahitan yang dikehendaki pelanggan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Seksyen 2, di sini semalam.

Kamisah berkata, anak sulung itu disahkan SLE selepas terlantar di Pusat Perubatan Darul Ehsan selama sebulan.

Ujar Kamisah, keadaan itu secara langsung telah membataskan pergerakan anaknya yang kini berada di tingkatan lima.

“Saya baru sahaja pulang dari Hospital Shah Alam menemani anak yang terpaksa dimasukkan ke zon merah kerana sesak sesak nafas.

“Ini adalah serangan paling teruk sejak dia menghidap penyakit itu” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Kamisah di talian 017-602 5852.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI