fbpx

Aktres Lee Jien ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Lee Jie-un ditemui mati di kediamannya semalam.

PETALING JAYA – Berita mengejutkan buat industri hiburan K-pop apabila pelakon veteran terkenal Lee Jieun ditemui mati di kediamannya semalam.

Menurut polis, mayat aktres berusia 52 tahun itu ditemui di kediamannya di Seoul pada 8 Mac pukul 8 malam waktu tempatan.

Pelakon yang popular menerusi drama Light of The Youth itu tinggal bersendirian kerana anak lelakinya berada di kem latihan ketenteraan.

“Kami mendapat panggilan daripada kenalan mangsa yang mengatakan Jieun gagal dihubungi,” ujar polis.

Polis akan menjalankan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian pelakon itu.

Jieun memulakan debut dalam industri dengan menjadi model untuk rancangan terbitan SBS, Good Morning pada 1994.

Dia juga pernah dinobatkan selaku Pelakon Baharu Wanita Terbaik pada Anugerah Blue Dragon Film Awards menerusi filem My Dear Keum Hong dan Anugerah Daejong Film Awards ke-34.

Bagaimanapun, Jieun kemudian memutuskan berhenti berlakon pada 1998 sebelum mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan bernama Lee Jin-sung pada 2000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI