fbpx

Masa depan Klopp mula jadi taruhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP menegaskan Liverpool patut menyalahkan diri sendiri atas kekalahan 0-1 kepada Leicester pada aksi EPL di Stadium King Power awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Masa depan pe­ngurus Liverpool, Jurgen Klopp kini menjadi persoalan selepas mengalami kekalahan keenam berturut-turut di laman sendiri musim ini.

The Reds terus dirundung malang apabila tewas 0-1 kepada pasukan bergelut, Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield malam kelmarin.

Klopp berkata, beliau sedia menerima apa sahaja keputusan daripada pihak pengurusan sekiranya khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi selepas ini.

“Jika dilihat daripada per­spektif bola sepak, sebenarnya kami sedang menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang. Bagaimanapun, kami sepatutnya catat keputusan lebih baik.

“Kami sudah lakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan. Sekiranya ada sesiapa yang berasakan saya belum cukup bagus, mereka (Liverpool) perlu buat keputusan mengenai masa depan saya bersama pasukan ini,” kata pengendali dari Jerman itu.

Dalam pada itu, beliau juga menepis dakwaan yang mengatakan barisan kejurulatihan terlalu berlembut dengan semua pemain dalam setiap sesi latihan.

“Ramai orang tanya adakah saya terlalu baik dengan pemain? Jawapannya tidak kerana barisan kejurulatihan sangat serius dan tidak mengambil mudah perkara seperti ini,” ujarnya lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI