fbpx

Lelaki warga emas dituduh jolok bawah mata anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor anjing betina dibawa ke Mahkamah Sesyen di Buttetworth hari ini sebagai barang kes.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan menjolok bawah mata seekor anjing pada Oktober tahun lalu.

Tertuduh, Ng Ah Leak, 75, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menjolok seekor anjing betina berwarna putih dengan sebatang buluh berwarna kuning sepanjang lapan kaki sehingga cedera pada bawah mata sebelah kiri.

Ah Leak didakwa melakukan kesalahan itu di dalam longkang di belakang sebuah rumah di No. 2, Jalan Tanjung Indah, Taman Tanjung Indah, Raja Uda, Butterworth di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 10.30 malam pada 24 Oktober tahun lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda di antara RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Veterinar negeri, Roziman Awang Tahrin, manakala tertuduh diwakili peguam, Lim Jin Hong.

Tertuduh dibebaskan tanpa dikenakan jaminan sementara menunggu sebutan semula kes pada 13 April depan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI