fbpx

Isu gaduh: Isa Isarb hilang 30,000 pengikut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isa (gambar bawah) membuat permohonan maaf semalam.

PETALING JAYA- Seorang YouTuber, Isa Isarb yang terpalit dengan kontroversi pergaduhan di sebuah gelanggang futsal tampil memberi penjelasan berhubung kontroversi yang melanda dirinya.

Penjelasan Isa Isarb itu dibuat menerusi laman sosial Instagram miliknya semalam dengan memperjelaskan situasi sebenar pergaduhan yang didakwa melibatkan 25 individu pada minggu lalu.

Menerusi video berdurasi 17 minit 32 saat itu, YouTuber berkenaan berkata, isu pergaduhan telah selesai antara kedua-dua pihak selain laporan polis ditarik balik.

“Saya dah mohon maaf kepada individu itu dan dia juga telah menarik balik laporan polis terhadap kami. Selepas berbincang, kami turut bersetuju untuk membayar ganti rugi berjumlah RM8,000.

“Bagaimanapun, kes itu kembali tular apabila ada individu memuatnaik semula gambar laporan polis dan gambar mangsa dalam keadaan berdarah serta gambar saya,” kata Isa.

Katanya, kontroversi itu turut membuatkan dia berdepan pelbagai masalah antaranya ada pengikut laman sosialnya yang meminta pulangan duit semula untuk barangan yang ditempah.

“Saya juga hilang orang yang mengikut saya di laman YouTube iaitu daripada 2.06 juta kepada 2.03 juta, hilang lebih 30,000 orang,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI