fbpx

Harimau Kumbang tidak akan ‘kecut perut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Penang FC, Endrick dos Santos mengawal bola daripada dirampas dua pemain KL City FC pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya pada Sabtu lalu. – FOTO PENANG FC

JUARA Liga Premier 2020, Pe­nang FC tiada masa untuk meraikan kejayaan merakam kemenangan pertama mereka di pentas Liga Super musim ini selepas berjaya menewaskan KL City FC 1-0 di Stadium Bandaraya pada Sabtu lalu.

Ini kerana, kemampuan skuad Harimau Kumbang itu bakal teruji oleh lawan sebenar, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang merupakan juara bertahan Liga Super tujuh tahun berturut-turut sejak 2014, pada aksi kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.

Ketua jurulatih Penang, Thomas Trucha lebih berminat mengambil pendekatan merendah diri meskipun pengendali dari Republik Czech itu mengakui teruja untuk menguji taring bekas juara Piala AFC 2015 tersebut.

“Saya dan Penang adalah budak baharu pada saingan Liga Super. Saya sudah melihat corak permai­nan mereka (ketika Johor menewaskan Kedah 2-0 dalam aksi Piala Sumbangsih pada Jumaat lalu).

“Saya tidak sabar untuk bertemu JDT di stadium mereka. Saya percaya JDT sudah melihat permainan kami dan sekarang saya mahu pemain mendapat rehat mencukupi,” katanya.

Trucha, 50, mengakui, anak-anak buahnya memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan falsafah permainannya yang lebih mengamalkan corak hantaran pendek ala tiki taka.

“Saya adalah Thomas Trucha, bukan Jurgen Klopp Penang tetapi saya menggemari gaya permainan Klopp dan (Pep) Guardiola. Beri kami sedikit masa untuk sesuaikan diri kerana kami adalah pendatang baharu dari Liga Premier,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI