fbpx

Hanya sisa kumbahan, bukan pencemaran sisa toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim (kanan) diberi penerangan oleh Pengarah UTM Alumni Mohd Hisyam Rasidi (tengah) menunjukkan lakaran landskap anak Sungai Kim Kim di Sungai Selangkah yang akan berwajah baharu sambil diperhatikan oleh ahli Parlimen Tebrau Steven Choong ketika mengadakan lawatan di Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menafikan dakwaan terdapat pencemaran sisa toksik baharu di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang di sini seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan, semalam.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemeriksaan dibuat pihaknya mendapati tompokan hitam yang dikesan hanyalah sisa kumbahan daripada kilang berhampiran.

Menurut beliau, sisa kumbahan itu juga didapati tidak merbahaya.

“Sebenarnya yang berlaku itu bukanlah pencemaran sisa toksik jadi laporan yang dibuat itu sebenarnya tidak begitu tepat.

“Daripada sampel yang sudah diambil, didapati sebenarnya ia hanya pencemaran (pelepasan) biasa daripada kilang dan tidak berbahaya kepada penduduk, tidak sebagaimana pencemaran yang berlaku pada tahun 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan kerja ke Sungai Kim Kim, di sini hari ini. Turut hadir, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr. Famey Yusoff.

Semalam dan hari ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan terdapat pencemaran sisa toksik baharu di Sungai Kim Kim dan mengesyaki ia melibatkan pelepasan sisa kimia yang lebih besar berbanding insiden lalu.

Tuan Ibrahim turut berkata, pihaknya sentiasa memantau situasi sungai berkenaan sejak insiden pencemaran Sungai Kim Kim.

“Sekiranya benar dakwaan pencemaran itu telah berlaku dalam tempoh sebulan, sudah pasti JAS dapat mengetahuinya kerana pemantauan dibuat secara berterusan.

“Untuk makluman, Sungai Kim Kim ini menjadi lokasi pemantauan utama di peringkat JAS Johor. Jadi kalau berlaku sebulan, saya fikir kami tahu,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan kementeriannya fokus untuk bersama dengan komuniti dalam menggerakkan usaha pengawalan pencemaran sungai tersebut melalui projek Denai Sungai Kim Kim.

“Projek yang bermula hari ini dan melibatkan pelbagai pihak seperti universiti awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan itu diharap dapat menceriakan semula Sungai Kim Kim yang telah tercemar sebelum ini,” jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI