fbpx

Guardiola enggan tangisi, mahu pemain City kembali fokus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA mengakui bahawa jentera serangan mereka gagal untuk beraksi cemerlang menyebabkan City gagal mendapatkan jaringan. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mahu para pemainnya kembali fokus untuk memburu gelaran juara Liga Perdana Inggeris selepas rekod kemenangan dalam 21 perlawanan mereka lebur di tangan seteru setempat, Manchester United 0-2 awal pagi semalam.

Biarpun berdepan kekalahan tersebut, City masih memiliki ke­lebihan 11 mata sebagai pendahulu berbanding United yang menduduki tempat kedua dan Guardiola mahu para pemain terus mempertahankan kelebihan tersebut.

“Kami menjadi tajuk berita kerana kami tewas selepas 21 perlawanan mencatat kemena­ngan. Apa yang perlu kami lakukan adalah kembali ke prestasi sebelum ini.

“Saya akan bercakap de­ngan pemain sebelum perlawanan menentang Southampton nanti. Saya mahu katakan betapa mereka adalah sebuah pasukan terbaik ketika ini.

“Segala-galanya di tangan mereka. Lawan kami (United) perlu memenangi kesemua perlawanan selepas ini dan kami perlu tewas dalam empat atau lima perlawanan untuk menjadikan peluang kembali terbuka,” katanya.

Pada aksi awal pagi semalam, City dilihat berdepan kesukaran untuk mencari jaringan terutama ketika United berjaya me­nunjukkan aksi bertahan yang cukup kemas selain mendapat jaringan menerusi serangan balas pantas.

“Ketika kami menentang West Ham, aksi kami sebenar­nya lebih teruk berbanding kali ini. Kami tidak la­yak menang ketika menentang West Ham dan kali ini sebenarnya kami tidak layak untuk tewas.

“Kami tidak begitu klinikal ketika berada di hadapan pintu gol mereka. Penyerang kami kekeringan idea untuk me­merangkap pemain pertahanan United,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI