fbpx

Gerak hati bakal suami temukan jasad sudah tak bernyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paparan perbualan daripada Whatsaap bersama mangsa sebelum ini.

TAMPIN – Gerak hati dan rasa bimbang seorang lelaki setelah tidak dapat menghubungi kenalannya yang bakal dikahwini selepas Hari Raya Aidilfitri ini membawa kepada penemuan jasad tidak bernyawa di bilik air sebuah rumah di Kampung Sungai 2, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian berkenaan, khidmat sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh digunakan bagi membuka pintu rumah mangsa, Marhaini Ali, 56, yang berkunci.

Menurut Rasidi Md Tahiti, 58, dia yang datang dari Ampangan, Seremban ke rumah mangsa pada pagi semalam seperti biasa untuk membantu mengemaskan halaman rumah mangsa.

“Dah setahun kami kenal, saya pun dah kenal semua adik beradik arwah dan kami merancang untuk berkahwin selepas hari raya ini.

“Pagi semalam saya datang dan panggil mangsa tapi mangsa tidak keluar. Hari ini pun sama dan saya terus menghubungi polis kerana bimbang dengan keadaannya yang tinggal berseorangan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Sungai Dua, di sini, tadi.

Rasidi berkata, arwah yang belum pernah berkahwin sangat baik dan pemurah baik dengan adik beradik mahupun sesiapa yang datang ke rumah.

Menurutnya, sekiranya mana-mana pihak datang ke rumah, pasti akan dijamu dengan kek air tangan arwah.

“Semalam, aplikasi whatsApp talefon arwah sudah tidak aktif selepas pukul 6.58 pagi.

Manakala kakak mangsa, Aminah Ali, 58, berkata, dia sempat melihat wajah adiknya sebelum di bawa ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat.

“Arwah senyum sahaja. Pagi ini, saya lihat sudah ada kek yang disediakan arwah seperti biasa untuk dijamu kepada orang yang datang ke rumah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Norfaizal Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada polis pukul 10.53 pagi untuk membantu membuka pintu rumah yang berkunci.

Menurutnya, pihaknya tiba di lokasi pada pukul 11.05 pagi dan berjaya membuka pintu menggunakan alat khas.

“Sebaik pintu berjaya di buka, kita menemukan mangsa terbaring di dalam tandas dan disahkan sudah meninggal dunia.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI