fbpx

Empat hari hilang, jumpa dalam kebun sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki OKU yang dipercayai hilang sejak empat hari lalu di sebuah kebun kelapa sawit di Batu 7, Jalan Paloh, Yong Peng ditemui selamat petang hari ini.- Foto IHSAN BOMBA

BATU PAHAT – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) pekak dan bisu yang dipercayai hilang sejak empat hari lalu di sebuah kebun kelapa sawit di Batu 7, Jalan Paloh, Yong Peng ditemui selamat petang tadi.

Menurut Komander Operasi diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba Othman Mohd. Baher, mangsa dikenali sebagai Low Teck Moh, 57, ditemui dalam keadaan lemah kira-kira dua kilometer dari kawasan dia dilaporkan hilang.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang menerima panggilan kecemasan mencari dan menyelamat mangsa hilang melalui talian terus ke balai pada pukul 8.23 pagi, 7 Mac lalu.

“Bomba menggunakan khidmat Unit Pengesan K9 bersama kekuatan anggota seramai 26 anggota, selain bantuan kemudahan logistik dan lapan anggota Angkatan Pertahanan Awam untuk menjejaki mangsa.

“Mangsa dipercayai telah hilang lebih kurang pukul 6.30 petang Sabtu lalu dan operasi pencarian turut dibantu oleh polis dan APM,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, misi pencarian merangkumi kawasan seluas 40 ekar.

“Hari ini pada 3.28 petang, mangsa telah berjaya dijumpai dan dihantar ke Klinik Kesihatan Yong Peng dengan menggunakan ambulans milik KKM bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Katanya, operasi ditamatkan pada 4.54 petang tadi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI