fbpx

Biden namakan dua jeneral wanita ketuai markas tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIDEN bersama Jeneral Van Ovost (kiri) dan Leftenan Jeneral Richardson di White House semalam. - AFP

WASHINGTON – Presiden Joe Bidden mengumumkan pencalonan dua wanita untuk mengetuai pusat perintah atau markas tentera Amerika Syarikat (AS) semalam .

Jenera Tentera Udara AS, Jacqueline Van Ovost dicalonkan untuk mengetuai Markas Pengangkutan (USTRANSCOM). Beliau merupakan satu-satunya wanita berpangkat jeneral empat bintang iaitu pangkat tertinggi dalam tentera.

Jeneral tiga bintang, Laura Richardson pula dicalonkan untuk mengepalai Markas Selatan(SOUTHCOM) merangkumi rantau Amerika Tengah dan Amerika Latin. Beliau akan menerima bintang keempatnya.

Jika Senat mengesahkan pencalonan mereka, Van Ovost dan Richardson akan mengikuti jejak Lori Robinson yang merupakan wanita pertama dilantik mengetuai markas tentera. Beliau mengetuai Markas Utara (NORTHCOM) sebelum bersara pada 2018.

“Setiap wanita itu menerajui kerjaya masing-masing dengan menampilkan kemahiran, integriti dan tanggungjawab yang tiada tolok bandingnya kepada negara,” kata Biden ketika memperkenalkan kedua-dua jeneral itu di White House.

Tentera AS mempunyai 11 markas dengan semuanya diketuai oleh jeneral empat bintang.

Pada bulan lalu, akbar The New York Times melaporkan bahawa Pentagon telah memutuskan tentang pencalonan Van Ovost dan Richardson seawal tahun lalu. – AFP ‘

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI