PUTRAJAYA – Sebanyak 1,280 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 296,379 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, dua adalah kes import manakala sebanyak 1,278 kes adalah penularan tempatan.
Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 18,704 kes.
“Sebanyak sembilan kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 1,186 kes.
“Terdapat 2,345 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 296,379 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Ujarnya, terdapat 155 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 76 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE