fbpx

2 NGO dapat kebenaran mula semakan kehakiman JIM usir pelarian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dua kumpulan Badan Bukan Kerajaan (NGO) manusia hari ini berjaya memperoleh kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman berhubung tindakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menghantar pulang pelarian Myanmar.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, Datuk Seri Mariani Yahya memutuskan demikian selepas mendengar hujah daripada pihak-pihak melalui aplikasi Zoom.

Berikutan keputusan itu, proses penghantaran pulang baki 114 orang pelarian Mayanmar ditangguhkan sehingga cabaran terhadap keputusan JIM diputuskan oleh mahkamah.

Peguam, New Sin Yew yang mewakili Asylum Access Global dan Amnesty International bersama-sama Datuk Ambiga Sreenevasan dan Datuk Gurdial Singh Nijar ketika dihubungi berkata, mahkamah memberikan kebenaran itu selepas menolak hujahan Jabatan Peguam Negara yang mewakili JIM bahawa badan bukan kerajaan (NGO) itu tidak mempunyai sebarang locus standi (Hak di sini undang-undang) untuk memfailkan permohonan tersebut.

“Mahkamah menyatakan bahawa NGO terbabit memainkan peranan penting dalan masyarakat dalam mempertahankan hak mereka yang lemah. Mahkamah turut mendapati permohonan yang difailkan bukanlah sesuatu yang remeh atau menyusahkan,” ujar peguam terbabit.

Justeru tarikh 23 Mac ini untuk pengurusan kes semakan kehakiman itu.

Pada 22 Februari lalu, dua NGO terbabit memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk menghalang penghantaran pulang 1200 orang pelarian Myanmar ke nehara asal.

Kumpulan NGO tersebut menamakan Ketua Pengarah Imigresen, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketiga.

Pada 24 Februari lalu, Mahkamah Tinggi di sini mengeluarkan perintah larangan sementara (interim) yang melarang Kerajaan Malaysia menghantar lagi pendatang rakyat Myanmar pulang ke negara asal namun pada tarikh berkenaan seramai 1,086 orang pelarian telah dihantar pulang.

Antara mereka yang dihantar pulang didakwa daripada etnik minoriti, pelarian termasuk kanak-kanak dan pencari suaka.

Menurut permohonan semakan kehakiman yang difailkan, kumpulan NGO terbabit mendakwa penghantaran balik 1200 pelarian tersebut adalah bertentangan dengan prinsip non-refoulement.

Responden juga didakwa gagal mengambil kira bahawa pelarian yang dihantar pulang terdiri daripada kumpulan minoriti muslim yang diancam tentera Myanmar, individu-individu yang telah diiktiraf Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sebagai pelarian.

Keputusan kesemua responden menghantar 17 kanak-kanak bawah umur yang mana ibu bapa mereka atas salah seorang dari mereka masih berada di negara ini adalah salah di sisi undang-undang.

Dua NGO itu juga memohon perintah agar kesemua responden dihalang daripada menghantar pulang mana-mana pelarian Myanmar yang namanya disebut dalam permohonan terbabit selain arahan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah dan juga kos. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI