fbpx

Tujuh kenderaan dikompaun guna hon berirama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara lori yang dikompaun JPJ Selangor kerana menggunakan hon berirama.

SHAH ALAM – Tindakan tujuh buah kenderaan termasuk bas menggunakan ‘hon tenonet’ atau berirama memakan diri apabila dikenakan kompaun serta-merta RM150 dalam operasi penguatkuasaan hon melebihi satu nada atau berirama baru-baru ini.

Kesemua kenderaan itu melibatkan enam buah lori dan sebuah bas dengan pemandunya berusia 30 hingga 40an dalam operasi bermula 1 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Nazli Md Taib berkata, siasatan mendapati trend penggunaan hon itu digunakan di kalangan pemandu lori khususnya sebagai hiburan apabila berselisihan dengan membunyikan hon masing-masing.

Katanya, pihaknya menerima purata sebanyak lima hingga enam aduan bermula tahun ini yang merasa kacau ganggu di kawasan perumahan dan kekeliruan di kalangan pengguna jalan raya.

“Hon merupakan salah satu instrumen penting pada sesebuah kenderaan yang berfungsi untuk memberi amaran, peringatan atau isyarat kepada pengguna jalanraya lain melalui sistem bunyi.

“Lori dan bas yang dikompaun juga dikenakan notis arah periksa kenderaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, kompaun juga perlu dijelaskan atau kes dibawa ke mahkamah bagi tindakan lanjut mengikut Kaedah 24(i) Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 iaitu ‘memasang hon melebihi satu nada’.

Tambah Nazli, mereka boleh didenda maksimum RM2,000.00 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan di bawah Seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Penguatkuasaan secara berterusan akan dilakukan bagi memastikan pemandu mematuhi peraturan dan undang- jalanraya yang telah ditetapkan,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI