fbpx

Terselamat dalam timbusan tanah lebih dua jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang membawa keluar Muhammad Mustajrim yang tertimbus dalam tanah lebih dua jam ketika melakukan kerja-kerja pemasangan kabel TNB.

KLANG – Seorang pekerja kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) ‘berselisih’ dengan ajal apabila terselamat dalam timbusan tanah lebih dua jam ketika melakukan kerja-kerja pemasangan kabel di Jalan Haji Abdul Manan 1, Taman Industri Meru di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.34 petang itu, mangsa, Muhammad Mustajrim Md. Kamalrudin, 22, tertimbus hingga paras kepala dalam lubang sedalam hampir 2.5 meter.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, berdasarkan maklumat awal mangsa sedang menjalankan kerja-kerja pemasangan kabel berhampiran longkang besar dengan dipenuhi air.

“Secara tiba-tiba berlaku rebakan tanah ketika mangsa sedang bekerja di dalam lubang yang dikorek untuk memasang kabel.

“Rebakan tanah itu menyebabkan mangsa tertimbus sehingga menutupi paras kepala dalam keadaan kedudukan berdiri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, seramai 13 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 2.36 petang.

Norazam menambah, mereka yang tiba empat minit kemudian melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa itu.

“Kita mengambil masa lebih dua jam sebelum berjaya mengeluarkan mangsa kira-kira pukul 5.08 petang.

“Mangsa kini dilaporkan stabil dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI